100 Wanita Inspirasi 2024 International Women Day Dinner Celebration at SICC

Terima kasih yang tulus kepada Persatuan Industri Kecil & Sederhana Wanita Sabah atas penganugerahan yang indah ini, menjadi antara penerima 100 Wanita Inspirasi dalam Majlis International Women Days Dinner Celebration. Anugerah ini disempurnakan oleh Toh Puan Hajah Norlidah, isteri kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Haji Juhar Mahiruddin.

Saya berasa amat berbesar hati dan bersyukur kerana diberi peluang untuk menerima anugerah ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah menyokong dan memberi inspirasi kepada saya dalam perjalanan hidup ini. Keluarga, rakan, mentor dan rakan sekerja, anda semua telah menjadi sumber motivasi dan sokongan yang tidak ternilai untuk saya.

Anugerah ini bukan hanya untuk saya, tetapi juga tentang semua wanita yang telah berjuang dan menyumbang untuk mencipta perubahan positif dalam masyarakat.

Saya berjanji untuk terus bekerja keras dan mendedikasikan diri saya untuk memberi impak yang bermakna dalam Dun Kukusan serta seluruh tawau dan kalabakan.

Semoga anugerah ini menjadi dorongan untuk saya terus berkembang dan berkembang sebagai individu dan pemimpin yang lebih baik.

Terima kasih sekali lagi kepada jawatankuasa Persatuan Industri Kecil & Sederhana Wanita Sabah terutama kepada IKSnita Sabah Datuk Hajah Dayang Khatijah Datu Haji Bachtiyal.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.