


Tahniah kepada Muhibah Raya Dart Club atas penganjuran pertandingan dart yang berjaya menghimpunkan kira-kira 30 orang belia dalam suasana penuh semangat dan muhibah.
Melalui wakil kakitangan UPPM N.70 Kukusan Pemaju Mukim Kukusan En Herman Ismail dan En Pritchard, saya menyampaikan sumbangan hadiah sebagai tanda sokongan kepada usaha anak-anak muda yang terus menghidupkan aktiviti sihat dan positif dalam komuniti.
Saya sentiasa percaya, apabila belia berkumpul untuk perkara yang baik, banyak perkara baik akan lahir untuk masyarakat.
Teruskan aktif, teruskan berkarya, teruskan menyatukan komuniti.
Dari dart, lahir persahabatan. Dari persahabatan, lahir kekuatan komuniti.