Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

 Duka Mereka, Tanggungjawab Kita Bersama

Pagi ini saya turun ke PPS Dewan Mohd. Ot Jantan untuk menyantuni 12 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran melibatkan 11 KIR dari Kg. Islamiah dan 1 KIR dari Kg. Iban.

Tiada siapa mahu ditimpa musibah seperti ini. Sebab itu saya turut menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran, manakala Yayasan Kebajikan Sabah melalui YBhg. Datuk Hajah Diyanah Abdullah turut menyalurkan bantuan kewangan kepada keluarga yang terjejas.

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Daerah Tawau diwakili oleh Penolong Pengarah Puan Nurul Fadilah pula membantu dengan bakul makanan merangkumi bahan mentah kering, barang keperluan dapur, barang keperluan peribadi di berikan bagi memastikan keperluan harian mangsa terus terjaga di PPS.

Saya faham ini bukan keadaan yang mudah buat keluarga yang terlibat. Sebab itu tempoh PPS dilanjutkan tiga hari lagi supaya mangsa mempunyai ruang dan masa yang mencukupi sementara urusan seterusnya diselesaikan.

Terima kasih kepada UPPM N.70 Kukusan , JKM, APM, RELA, PDRM, MPT dan KKM serta semua agensi yang terlibat sejak hari pertama kejadian.

Sepanjang tempoh ini, pengurusan dan kebajikan mangsa akan terus dibantu oleh NGO Kerja dan SWAH.

Semoga segala urusan mangsa dipermudahkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.