Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

 “Kalau Anak Kita Yang Jadi Mangsa?”

Kalau Anak Kita Yang Jadi Mangsa?

Soalan ini mungkin berat untuk kita fikirkan.

Tapi inilah realiti yang kita perlu berani hadapi.

Sepanjang tahun 2025, sebanyak 370 kes direkodkan bagi kategori berkaitan kebajikan dan perlindungan kanak-kanak di Tawau.

Bagi Januari hingga Julai 2026 sahaja, sudah 203 kes direkodkan.

Daripada jumlah itu, 140 kes merupakan kes perlindungan, termasuk 8 kes berulang.

Di sebalik setiap angka, ada seorang anak.

Ada anak yang mungkin takut untuk bercerita. Ada yang malu.

Ada yang keliru.

Ada yang takut tidak dipercayai.

Malah ada yang diugut supaya terus berdiam diri.

Sebab itu, isu pelindungan kanak-kanak daripada jenayah seksual tidak boleh kita serahkan kepada satu pihak sahaja.

Ibu bapa perlu peka.

Guru perlu perhati.

Masyarakat perlu berani bertindak.

Dan kita semua perlu tahu bagaimana untuk melindungi mereka.

Atas sebab itu saya amat menghargai usaha Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak Daerah Tawau bersama Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Pejabat Kebajikan Tawau, PPD Tawau, Hospital Tawau, Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Tawau, Jabatan Penjara Tawau serta semua rakan strategik yang bersama-sama menjayakan Kempen Kesedaran Pelindungan Kanak-Kanak Daripada Jenayah Seksual Tahun 2026.

Kita tidak boleh menunggu seorang anak datang meminta pertolongan baru kita mahu bertindak.

Kalau ada perubahan pada anak, perhatikan.

Kalau mereka bercerita, dengarkan.

Kalau ada sesuatu yang mencurigakan, laporkan.

Kerana kadang-kadang, satu tindakan kecil daripada kita boleh menjadi perbezaan antara seorang anak terus menjadi mangsa atau berjaya diselamatkan.

Anak-anak kita adalah amanah.

Jangan biarkan mereka berjuang seorang diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.