


Baru selesai menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Bil. 11/2026 Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh Menteri KKWKKR YB Datuk Julita Majungki.
Antara perkara yang diberi perhatian termasuk isu kebajikan dan gelandangan, penyelarasan program kementerian serta beberapa perkara berkaitan kesejahteraan rakyat yang memerlukan tindakan dan kerjasama antara agensi.
Setiap perkara yang dibincangkan akan terus diberi perhatian agar perancangan dan tindakan yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada masyarakat.