



Bila kita bercakap tentang kesihatan Sabah, kita bercakap tentang rakyat yang mahu perkhidmatan lebih baik, fasiliti yang lebih lengkap dan tenaga kesihatan yang mencukupi.
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sabah (MA63) Bil. 1/2026, kita membincangkan kemajuan 33 tuntutan kesihatan Sabah serta penyelarasan antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan.
Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh YB Datuk Julita Majungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, dan YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia.
Lima jawatankuasa kecil turut diwujudkan meliputi autonomi kesihatan, infrastruktur kesihatan, kualiti perkhidmatan, sumber manusia dan peruntukan kesihatan bagi memastikan setiap tuntutan dapat diteliti, diselaraskan dan ada susulan yang jelas.
Bagi saya, tuntutan kesihatan Sabah mesti terus dibawa dengan tegas dan konsisten. Kita mahu setiap perkara yang dibincangkan bergerak kepada tindakan dan penyelesaian yang nyata untuk rakyat Sabah.
Hak Sabah kita perjuangkan. Kepentingan rakyat kita dahulukan.