



Hari ini saya telah menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Wanita, Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR) Bil. 9/2026 yang dipengerusikan oleh YB Menteri, Datuk Julita Majungki.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada penyelarasan tindakan susulan terhadap keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri, selain membincangkan pelaksanaan dasar, program serta isu-isu semasa yang melibatkan kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.
Semoga segala usaha yang dirancang terus dipermudahkan demi kesejahteraan rakyat Sabah.