Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

 Bendera Kita Kibarkan Bersama

Program Ayok Santai bersama RTM Tawau santai bersama komuniti, sambil menyemarakkan semangat kemerdekaan di kawasan kita.

RTM Tawau mengagihkan 160 bendera, manakala saya turut menyumbangkan 100 helai kepada KRT Taman Univilla yang diterima Pengerusinya, En. Steven Sagunting, serta 100 unit bendera kereta kepada Persatuan Pemilik dan Pemandu Kereta Sewa Tawau yang diterima Pengerusinya, En. Supardi Sapri.

Bila Jalur Gemilang mula kelihatan di rumah, kawasan kejiranan dan kenderaan, suasana kemerdekaan itu terasa lebih dekat dengan kita termasuk anak-anak yang melihat dan membesar dengan semangat ini.

Kita di Sabah hidup dalam masyarakat yang pelbagai. Perpaduan kita jaga bersama, sambil terus menghargai identiti dan hak Sabah dalam Malaysia seperti yang termaktub dalam MA63.

Bagi saya, semangat anak Sabah ialah kita tahu siapa kita, kita bangga dengan negeri kita dan pada masa yang sama kita terus berdiri bersama sebagai rakyat Malaysia.

Terima kasih khusus kepada Puan Muzrina Jubaira Sarfuddin, Pengurus Penyiaran Tawau, seluruh jawatankuasa KRT Taman Univilla, Persatuan Pemilik dan Pemandu Kereta Sewa Tawau, para pemimpin setempat, JKDB, JK Kerja serta SWAH yang bersama-sama menjayakan Ayok Santai ini.

Kibarkan Jalur Gemilang. Semarakkan semangat kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.