Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

 Sambutan Hari Malaysia 2026

Semalam saya berkesempatan hadir ke Sambutan Hari Malaysia 2026 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak.

Suasana cukup meriah, apatah lagi bila kita dapat berkumpul bersama dari pelbagai latar belakang untuk meraikan Hari Malaysia.

Antara yang menarik perhatian saya ialah Wa’ad Nasional, yang membawa makna tentang ikrar, janji dan muafakat untuk terus menjaga negara ini dengan menegakkan keadilan serta memastikan kesejahteraan dapat dirasai bersama.

Saya turut menyambut baik pengumuman penambahbaikan BUDI Diesel, khususnya bagi pengguna di Sabah dan Sarawak. Dasar yang mengambil kira keadaan dan keperluan sebenar rakyat sememangnya wajar diteruskan.

Kerajaan bersetuju memperluas kemudahan pemindahan kelayakan BUDI Diesel kepada pengguna sebenar yang layak, selain membenarkan pemilik yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan memindahkan kelayakan bagi sehingga tiga kenderaan.

Saya melihat langkah ini sebagai satu usaha yang baik, lebih-lebih lagi apabila ia mengambil kira maklum balas dan keadaan sebenar yang dihadapi pengguna di Sabah dan Sarawak.

Bagi saya, perkara seperti inilah yang kita harapkan. Suara rakyat didengar, keadaan di lapangan diambil kira dan dasar terus diperbaiki mengikut keperluan.

Semoga semangat kebersamaan ini terus kita jaga, dari Sabah, Sarawak hingga Semenanjung.

Selamat Hari Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.