Salam Takziah

Pantau, Semak dan Ambil Tindakan

Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

 Kita Buka Ruang, Mereka Buka Langkah

Saya selalu lihat begini wanita dan anak muda bukan tiada suara.

Kadang-kadang kita yang belum cukup pandai membuka ruang untuk mereka bercakap.

Di akar umbi, wanita tahu apa yang berlaku dalam keluarga dan komuniti mereka.

Anak muda pula tahu apa yang sedang berlaku dalam dunia mereka.

Jadi kalau kita mahu membina masyarakat, jangan hanya tanya, “Apa masalah kamu?” tanya juga, “Apa yang kamu mahu buat?”

Sebab itu saya hargai usaha seperti Program Memperkasa Wanita anjuran Rakan Lestari Tawau ini.

Ruang begini penting, sebab kita bukan hanya berkumpul untuk bercakap, tetapi membuka keberanian, kenalan dan peluang untuk wanita tampil ke depan.

Dan bila mereka sudah bersuara, jangan kasi suara itu hilang begitu saja.

Kita dengar, kita cari jalan dan kita buat susulan.

Saya percaya kepimpinan bukan tentang siapa paling tinggi jawatan.

Kepimpinan bermula bila kita nampak satu masalah, kita rasa itu tanggungjawab kita, lalu kita bangun dan buat sesuatu.

Kalau ada wanita atau anak muda yang masih takut mahu bermula, saya mahu mereka tahu tidak perlu tunggu rasa cukup hebat.

Mula dulu dari situlah orang akan nampak kemampuan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.