Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

 Wanita Sabah Ada Potensi, Kita Buka Lebih Banyak Ruang

Pagi tadi saya mewakili YB Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Majungki, untuk merasmikan Majlis Graduasi Akademi Kepimpinan Wanita Sabah (AKWan) 2026 di The Magellan Sutera Harbour Resort.

Tahniah kepada semua graduan yang diraikan. Bagi saya, graduasi ini bukan penghujung perjalanan. Ilmu kepimpinan yang dipelajari mesti dibawa keluar dan diterjemahkan dalam masyarakat.

Sabah memerlukan lebih ramai wanita yang berani tampil memimpin sama ada di peringkat akar umbi, komuniti, organisasi, keusahawanan mahupun dalam sektor yang lebih besar.

Pada masa yang sama, kita mesti jujur melihat masih terdapat jurang ekonomi dalam kalangan wanita, khususnya mereka yang berada di kawasan luar bandar.

Ramai wanita kita mempunyai kemahiran, bakat dan semangat untuk maju. Yang diperlukan ialah akses kepada latihan, peluang keusahawanan, jaringan dan sokongan yang lebih dekat dengan mereka.

Sebab itu saya percaya usaha memperkasakan wanita mesti sampai ke setiap daerah dan setiap lapisan masyarakat.

Sebagai pemimpin yang datang dari Pantai Timur Sabah, saya juga melihat sendiri potensi besar wanita di kawasan ini. Begitu banyak gerakan keusahawanan, kepimpinan dan aktiviti wanita yang sedang berkembang.

Justeru, saya akan terus memperjuangkan supaya JHEWA diperkasakan dan ruang penglibatan serta program wanita dapat diperluaskan ke Pantai Timur, seiring dengan usaha yang dilaksanakan di seluruh Sabah.

Kita mahu setiap wanita Sabah, di mana pun mereka berada, mendapat peluang untuk berkembang dan memimpin.

Kerana apabila seorang wanita diberi peluang, manfaatnya akan kembali kepada keluarga, komuniti dan negeri.

Tahniah sekali lagi kepada semua graduan AKWan. Teruskan memimpin, teruskan membuka jalan untuk wanita lain dan jadilah sebahagian daripada perubahan yang kita mahu lihat di Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.