



Terima kasih Hajah Aminah dan Hajah Halimah, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Induk Persatuan Khairunnisa Tawau serta 36 cawangan yang hadir memeriahkan majlis perasmian pembukaan Cawangan Khairunnisa Kg. Jawa. Saya berbesar hati dijemput untuk merasmikan pembukaan cawangan ini.
Bagi saya, Persatuan Khairunnisa ialah ruang untuk ibu-ibu dan wanita mengeratkan silaturahim, menambah ilmu agama dan memperkukuh akidah.
Sebab kita mahu membina keluarga yang sejahtera dan melahirkan anak-anak yang hebat, asasnya mesti bermula dengan akidah yang kukuh dari rumah.
Bila ibu dibimbing, keluarga mendapat manfaat. Bila akidah dijaga, insya-Allah generasi kita lebih terarah.
Sebagai tanda sokongan kepada gerakan Persatuan Khairunnisa, sumbangan sebanyak RM2,000 disalurkan bagi membantu menggerakkan aktiviti persatuan dalam membimbing ibu-ibu dan wanita, memperkukuh akidah serta membina keluarga yang sejahtera.