



Alhamdulillah, saya berbesar hati dijemput untuk merasmikan Pink Ribbon Pickleball Ladies Tournament di 88 Pickleland, Tawau, anjuran Sabah Kinabalu Pink Ribbon.
Sebagai Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, saya melihat penganjuran seperti ini sebagai satu inisiatif yang baik dalam menggalakkan wanita menjalani kehidupan yang aktif, mengutamakan kesihatan dan pada masa yang sama menyemai semangat kebajikan.
Menariknya, melalui pendekatan sambil bersukan, sambil beramal, kita dapat menggabungkan gaya hidup sihat dengan nilai keprihatinan terhadap masyarakat.
Inilah semangat yang perlu terus kita pupuk, iaitu saling menyokong, membantu dan mengambil berat antara satu sama lain.
Tema Pink Ribbon juga membawa mesej penting tentang kesedaran kanser payudara, khususnya kepentingan pemeriksaan awal dan penjagaan kesihatan diri.
Saya berharap kesedaran ini terus diperluas agar lebih ramai wanita tampil mendapatkan maklumat dan mengambil langkah menjaga kesihatan mereka.
Tahniah kepada Sabah Kinabalu Pink Ribbon atas penganjuran ini serta semua peserta yang mengambil bahagian.
Semoga usaha yang menggabungkan sukan, kesihatan dan kebajikan seperti ini terus memberi manfaat kepada wanita dan masyarakat di Sabah.