



Pagi tadi saya menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebajikan 2026 dan Perasmian Forum Jaringan Sosial 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC).
Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Julita Majungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.
Selain mengikuti perjalanan majlis, saya turut mengambil kesempatan mengunjungi beberapa booth pameran yang disediakan untuk melihat sendiri pelbagai inisiatif, perkhidmatan dan usaha yang dijalankan oleh agensi serta organisasi terlibat dalam bidang kebajikan.
Isu kebajikan sentiasa dekat dengan kehidupan masyarakat. Ada golongan yang memerlukan bantuan, ada yang memerlukan perhatian dan ada juga yang hanya mahu didengari.
Mudah-mudahan sambutan Bulan Kebajikan tahun ini terus menyemarakkan semangat untuk saling membantu dan mengambil berat antara satu sama lain.