Dukacita Kebakaran Taman Ria 11

Dua Jemputan dan Pertemuan yang Menceriakan

Selamat Pengantin Baharu

Dari Dialog Kepada Tindakan, Demi Masa Depan Anak Sabah

Salam Takziah

Pantau, Semak dan Ambil Tindakan

Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

 Ambil Tahu, Buat Saringan, Selamatkan Nyawa!

Hari ini saya mewakili YB Datuk Julita Majungki ke Majlis Perasmian Program Jelajah Saringan Kanser Peringkat Negeri Sabah (SaKaN) 2026 bagi Daerah Sandakan yang berlangsung di Pasaraya Mydin.

Ramai yang masih takut atau bertangguh untuk membuat pemeriksaan kanser. Ada yang risau tentang proses saringan, ada juga yang beranggapan pemeriksaan hanya perlu dibuat apabila sudah mengalami simptom.

Hakikatnya, pengesanan awal sangat penting kerana peluang untuk mendapatkan rawatan dan sembuh adalah lebih tinggi apabila kanser dikenal pasti pada peringkat awal.

Melalui Jelajah SaKaN ini, pelbagai kemudahan pemeriksaan kesihatan dibawa lebih dekat kepada masyarakat, termasuk saringan kanser payudara, serviks dan kolorektal. Turut disediakan pemeriksaan kesihatan umum, kesihatan pergigian, saringan warga emas dan kesihatan minda.

Saya ingin mengajak semua, lelaki dan wanita, supaya mengambil peluang ini untuk mengetahui status kesihatan masing-masing. Jangan biarkan rasa takut atau malu menghalang kita daripada mendapatkan pemeriksaan.

Ingat, menjaga kesihatan diri juga adalah satu bentuk kasih sayang kepada keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.