Dukacita Kebakaran Taman Ria 11

Dua Jemputan dan Pertemuan yang Menceriakan

Selamat Pengantin Baharu

Dari Dialog Kepada Tindakan, Demi Masa Depan Anak Sabah

Salam Takziah

Pantau, Semak dan Ambil Tindakan

Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

 Dukacita Kebakaran Taman Ria 11

Berita kebakaran di Taman Ria 11 pagi tadi yang meragut dua nyawa anak kecil benar-benar meruntun hati saya.

Seorang anak lelaki berusia 13 tahun, pelajar SMK Tawau, dan seorang anak perempuan berusia 10 tahun yang merupakan anak istimewa telah pergi meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.

Sebagai seorang ibu, saya cuba membayangkan perasaan ibu dan ayah yang kehilangan anak dalam tragedi seperti ini.

Betapa beratnya saat menerima berita bahawa anak yang ditatang dengan penuh kasih sayang, yang selama ini menjadi penyeri keluarga, sudah tiada lagi.

Tiada ibu yang bersedia untuk kehilangan anak. Tiada keluarga yang mampu menerima perpisahan sebegini dengan mudah.

Saya juga ingin menyampaikan salam takziah khusus kepada CDO Kukusan, En. Mohd Khairul Faiz bin Jairul dan Isteri Charlotte@nining atas kehilangan anak saudara beliau dalam tragedi ini. Saya turut berdukacita bersama seluruh keluarga mangsa.

Ya Allah, kuatkanlah hati ibu bapa dan seluruh ahli keluarga yang sedang menanggung kehilangan ini.

Kurniakan mereka kesabaran dalam menghadapi ujian yang begitu berat. Semoga kedua-dua anak ini dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan penghuni syurga.

Al-Fatihah. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.