Tragedi Kebakaran Taman Wawasan Victoria

BERITA duka di minggu awal tahun 2024, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya hadir bagi memberikan sokongan moral kepada mangsa kebakaran petang tadi.

Saya mendapat berita duka ini seawal jam 02.19pm, saya telah mengarahkan kakitangan pejabat ADUN N.70 Kukusan bersama UPPM N.70 Kukusan untuk datang ke lokasi dan membantu pihak yang berwajib.

Terdapat 12 Ketua Isi Rumah (KIR) dan seramai 47 orang mangsa yang melibatkan 33 dewasa, 11 kanak-kanak dan 3 warga emas.

Saya juga sempat menyerahkan bantuan awal daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada 12 KIR berbentuk bahan keperluan bagi kegunaan awal.

Semoga mangsa yang terlibat dengan tragedi kebakaran ini dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Aamiinyra.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.