



Pagi ini saya berkesempatan menyertai lawatan kerja Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Pekan.
Lawatan ini memberi ruang untuk meninjau sendiri kemudahan sedia ada serta mendengar beberapa isu dan keperluan yang dibangkitkan, khususnya berkaitan kemudahan dan keselesaan pengguna, sebagai usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.
Terima kasih kepada seluruh warga KKIA Pekan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.