Kempen Penjagaan Kesihatan Dalam Kalangan Penduduk Mukim Kukusan

TAHUN ini saya mulakan dengan kempen penjagaan kesihatan dalam kalangan penduduk di sekitar mukim Kukusan.

Terbaharu, selain daripada program pemeriksaan kesihatan percuma di Masjid Al Munawwaroh Kampung Jawa, saya bersama team Pejabat DUN N70 Kukusan turut menziarahi dari rumah ke rumah beberapa individu yang dikenal pasti sedang sakit terlantar, uzur dan tua di Kampung Jawa dan Kampung Jawa Lanut.

Turut bersama kami pegawai dan kakitangan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Tawau, MPT (e-Kasih), JKM dan Pusat Zakat dan Fitrah (MUIS) Tawau.

Memandangkan semua pesakit ini uzur dan terlantar, ia menyukarkan mereka untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran.

Justeru, pemeriksaan kesihatan secara langsung turut dilakukan pegawai perubatan diketuai Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr Shameer Khan Sulaiman, selain khidmat nasihat dan temujanji di Klinik Kesihatan Tawau Jenis II (Klinik Kubota) sekiranya pemeriksaan lanjut dilakukan.

Alhamdulillah, melalui kaedah ini, ia dapat memudahkan urusan pesakit. Ia juga membantu agensi kerajaan berkaitan memberi khidmat nasihat atau mengambil tindakan lanjut secara langsung bagi membantu meringankan beban pesakit berkenaan.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

RINA HJ JAINAL
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.