Assalamualaikum, Salam Jumaat

Gambar interview dalam Program Pemerkasaan Wanita Akar Umbi di Hotel Marco Polo baru-baru ini usahasama IDS dan Pejabat ADUN Kukusan

Masuk bulan ketiga di tahun 2024. Alhamdulillah masih diberikan hari-hari untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin DUN Kukusan di tahun keempat.

Pengalaman dua tahun di dalam blok pembangkang dan kini hampir dua tahun berjuang mengukuhkan blok kerajaan memperlihatkan saya perjuangan politik itu sangat fragile dan mencemaskan. Keputusan bukan popular yang dipilih telah mencetuskan spekulasi bermacam-macam turut diambil kesempatan oleh pihak lawan.

Jika dulu, saya hanya mau melawan. Namun sekarang tiada yang lebih penting dari kestabilan dan kepercayaan untuk membantu kerajaan memberi khidmat bakti di akar umbi. Masalah dalaman tetap ada tidak kira dalam pembangkang atau kerajaan, parti lokal atau parti nasional, parti kecil atau parti besar, kepercayaan akan pasti tersasar.

Bukan rakyat sahaja rasa tertipu, sebagai wakil rakyat juga kadang-kadang saya turut merasa tertipu dengan susur galur perjuangan politik yang dituju. Jelas sekali, hanya kepada Tuhan kepercayaan yang SATU.

Berbaki lebih kurang 10 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan. Buka minda lapangkan hati, masih banyak ruang yang perlu dibaiki itulah perjuangan hakiki. Forgive everybody.

#jalanterus

#coretansalamJumaat

**

KUKUSAN merupakan salah satu dari 13 DUN yang dibentuk mengikut persempadanan semula iaitu pecahan DUN Sebatik, DUN Tg Batu dan DUN Merotai.

**

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.