Pejabat ADUN N70 Kukusan Sumbang 1,000 Beg Sekolah Kepada Murid Penerima KWAPM

PEJABAT ADUN N70 Kukusan menyerahkan 1,000 buah beg kepada murid di enam buah sekolah sekitar Kukusan sempena sesi persekolahan semester baharu, baru-baru ini.

Agihan diberikan kepada murid di enam buah sekolah yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Setakat ini, agihan beg telah dilakukan di tiga buah sekolah iaitu SK Bandar Tawau I, SK Bandar Tawau II dan SK Muhibbahraya.

Saya menyedari terdapat ibu bapa yang kurang berkemampuan dan terhimpit dengan masalah kewangan, mengalami kesukaran dalam menyediakan barangan keperluan sekolah anak-anak.

Justeru, saya berharap agar beg ini dapat membantu meringankan beban mereka selain membantu anak-anak menikmati hari persekolahan yang hebat.

Selamat belajar anak-anak sekalian. InsyaAllah, doakan saya terus istiqomah dan dipermudah menjaga kebajikan anak-anak Kukusan.

RINA HJ JAINAL
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.