Bengkel Virtual Hosting Edisi Borneo Di Kota Kinabalu

SAYA berkesempatan memenuhi undangan di majlis penutupan Bengkel Virtual Hosting Edisi Borneo, baru-baru ini.

Bengkel anjuran Akademi D’bilique mendapat biasiswa sepenuhnya daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dikendalikan 3 tenaga pengajar berpengalaman iaitu Kartini Arifin atau lebih dikenali Tini 3R, Farah Fauzana (Fafau) dan Farah Bosnita.

Ini merupakan edisi pertama bengkel seumpama ini dibuat di Sabah dan peserta pula terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan seperti ahli perniagaan, kerja sendiri, pempengaruh media sosial, kakitangan kerajaan, fitness coach dan pelbagai lagi.

Saya dimaklumkan sepanjang 4 hari program ini berlangsung, peserta diberikan pendedahan bagaimana dapat menghasilkan content creator di media sosial masing-masing dengan cara lebih baik dan kreatif termasuk membabitkan brand personal, sudut kamera, isi kandungan, co-hosting dan sebagainya.

Saya melihat bengkel seperti ini sangat relevan dengan keadaan situasi masa kini yang mana digital content ini boleh meningkatkan kemahiran dan ilmu peserta seterusnya membantu menjana pendapatan mereka.

Tahniah sekali lagi kepada semua peserta yang berjaya menamatkan bengkel ini. Terima kasih juga kepada Akademi D’bilique dan FINAS kerana memilih Sabah sebagai lokasi bengkel.

Sebagai wakil Kerajaan Negeri Sabah khususnya di Kementerian Kewangan Negeri Sabah, saya sangat menghargai inisiatif yang dilakukan oleh Akademi D’bilique dan FINAS ini.

Mungkin selepas ini program yang sama akan diadakan di daerah lain seperti Tawau dan Sandakan, InsyaAllah dan saya mengalu-alukannya.

RINA HJ JAINAL
Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan Negeri Sabah
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.