Berjalan Sekitar Bandar Tawau Bersama ADUN Sri Tanjong

16 Jan 2022 (Ahad)

Saya bersama team ADUN Sri Tanjong pagi ini berjalan di sekitar bandar Tawau dan dapat juga bertemu dengan warga Kukusan.
Seawal pagi kami bertembung dengan geng folding bike Kg Jawa Lanut di hadapan MPT dan sempat berkenalan dan bergambar bersama-sama.

Kami kemudian ke Pasar Tamu dan turut berjumpa warga Kukusan yang menghampiri team kami untuk mendapatkan kalendar.

Saya bersama team YB Justin seterusnya ke barisan kedai Tmn Hill Top untuk mengedarkan kalendar 2022.

Akhir sekali, kami bersarapan mee tauhu di Kedai Kopi Hill Top di Tmn Univilla.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.