Petang tadi, menyantuni Hajja Kasma, isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang bin Hamsah, di kediaman beliau. Allahyarham merupakan tokoh politik veteran yang dikenali ramai dan juga bapa mentua kepada Pengerusi Kelab Kebajikan Komuniti Rina Jainal Kukusan Kalabakan, En. Raiyan Fung.…
Singgah menziarahi Imam Alil Matran yang kini sedang menerima rawatan di ICU Jantung. Menurut anak beliau, Ustazah Noralifa, pagi tadi Imam Alil pergi ke pasar bersama cucunya. Tidak disangka, tiba-tiba beliau jatuh pengsan di kawasan parking dan terus dibawa mendapatkan…
Semalam saya singgah di PPR Gudang 4, melawat dan bertanya khabar beberapa keluarga di sana. Saya melawat Puan Asiah @ Fauziah Binti Ismail, ibu kepada Encik Fazree, Mantan CDO Kukusan yang kini terlantar. Saya turut bertemu Saudara Muhammad Fazley Jamalauddin…
Hari ini saya berkesempatan bersama Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah dalam Program Lawatan bersama mangsa bencana kebakaran Kampung Lok Buta di Dewan Serbaguna Damai. Kebakaran ini telah menjejaskan 111 ketua isi rumah yang melibatkan seramai 558 mangsa. Dua…
Pagi tadi saya hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Bev Joeman. Sudah lama kami tidak bertemu. Namun pagi tadi, dalam suasana yang cukup berat, saya kembali teringat kepada seorang wanita yang begitu kuat semangatnya dalam memperjuangkan apa yang beliau…
Dalam kesibukan dengan urusan dan tanggungjawab, saya tetap cuba luangkan masa menziarahi Pakcik Nordin yang sedang dirawat di Hospital Tawau. Bila melibatkan keluarga, walau sesibuk mana pun kita, tetap akan cari ruang untuk bersama. Doa saya semoga pakcik terus kuat…
Tengah hari tadi, saya sempat melawat Kak Hasmiati binti Patang. Tidak sangka, selepas Asar tadi, beliau telah pergi menghadap Allah SWT buat selama-lamanya. Kak Hasmiati merupakan antara penggerak wanita yang sentiasa hadir dengan semangat dan keikhlasan dalam bersama-sama membantu masyarakat.…
Singgah ziarah Puan Hasniati di Kampung Pisang yang sedang berjuang melawan kanser. Yang buat saya betul-betul tersentuh, walaupun diuji dengan sakit, Puan Hasniati masih kuat, masih ceria dan masih mampu tersenyum. Saya tengok sendiri semangat dia. Kuat betul hati Puan…
Saya diam sekejap bila mendengar cerita Chong Soon Ooi. Anak muda. Pelajar yang bijak. Lulusan bidang perniagaan. Ada impian dan masa depan yang masih panjang. Tetapi di usia yang muda, dia diuji dengan kanser. Sudah 7 kali kemoterapi dilalui. Saya…
Sabtu lepas, saya bersama Ketua Anak Negeri (KAN) Kukusan, En. Fazlih Ahmad, menziarahi Ketua Daerah Tawau, OKK Haji Kee Jamal Haji Kee Sulaiman yang sedang menerima rawatan di Hospital Tawau. Kita datang bertanya khabar, melihat keadaan beliau dan menitipkan doa…