Sabtu lepas, saya bersama Ketua Anak Negeri (KAN) Kukusan, En. Fazlih Ahmad, menziarahi Ketua Daerah Tawau, OKK Haji Kee Jamal Haji Kee Sulaiman yang sedang menerima rawatan di Hospital Tawau. Kita datang bertanya khabar, melihat keadaan beliau dan menitipkan doa…
Allahyarham Hari Suprapto bin Purwinto keluar bekerja seperti biasa. Ada keluarga yang menunggu, ada tanggungjawab yang dipikul sebagai tulang belakang keluarga. Namun, kemalangan di Jalan Timur ketika pulang dari kerja meragut nyawa beliau kemarin. Saya mewakilkan Puan Junaidah Biawangi Pengerusi…
Minggu lepas, saya sempat menziarahi warga Kukusan yang sedang menerima rawatan di Hospital Tawau. Hajah Mardiana dari Kg. Muhibbah Raya, Napisa Ismail dari Kg. Jawa Lanut dan Josephine Anak Sinikad dari Kg. Sentosa Blok 5. Bila sakit, semangat itu sangat…
Dalam sekelip mata, rumah dan harta benda yang dikumpul bertahun-tahun boleh musnah akibat kebakaran. Saya turun melawat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Merotai Besar. Kebakaran ini telah melibatkan sebuah rumah termasuk dua buah motosikal dan sebuah kereta. Saya tahu, bukan…
Malam ini saya berkesempatan menziarahi serta menyantuni keluarga Allahyarham Hafizul Bin Suryah dengan menghadiri Majlis Kenduri Tahlil Hari Ke-7 di kediaman Allahyarham di Taman Megah Jaya. Kehadiran ini sebagai tanda kebersamaan dan sokongan kepada keluarga yang sedang melalui waktu kehilangan…
Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Kemarin saya berkesempatan menziarahi En Mohd Ramli bin A Wang Damit, penduduk Kampung Tanjung Batu Keramat Laut yang kini terlantar akibat penyakit kronik dan bergantung 100% kepada mesin oksigen. Turut mengiringi ziarah ini ialah Pegawai…
Mewakili saya UPPM N.70 Kukusan Pemaju Mukim Puan Rohani Abd Razak Poon dan YDH Puan Hajah Tanwali bersama Puan Tity Haryani Pengerusi KRT Muhibbah Bal dan NGO SWAH telah menghadiri Majlis Kenduri Tahlil Malam Kedua Allahyarhamah Henywatie Binti Sumarmu yang…
Tiada yang lebih bermakna daripada hadir melihat sendiri keadaan masyarakat kita. Menerusi Ziarah Kasih Kukusan, saya mewakilkan UPPM N.70 Kukusan PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri bersama kakitangan serta rakan NGO SWAH dan KERJA turun padang menyantuni beberapa penduduk yang memerlukan…
Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang Markus Malik bin Goran atas pemergian mendiang pagi tadi. Petang ini saya berkesempatan menziarahi keluarga mendiang di kediaman mereka di Kg. Jawa bagi menyampaikan rasa simpati dan sokongan kepada ahli keluarga yang…
“Bila ayah pergi, ibu pula terpaksa menjadi ayah.” Dulu Allahyarham suaminya mencari rezeki berniaga gerai ihaw-ihaw di Jalan Air Panas. Selepas pemergian suami, seluruh tanggungjawab jatuh di bahu seorang ibu yang kini membesarkan lima orang anak seorang diri. Setiap hari…