



Setiap ujian pasti ada hikmahnya.
Kemarin saya berkesempatan menziarahi En Mohd Ramli bin A Wang Damit, penduduk Kampung Tanjung Batu Keramat Laut yang kini terlantar akibat penyakit kronik dan bergantung 100% kepada mesin oksigen.
Turut mengiringi ziarah ini ialah Pegawai Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Daerah Tawau En Kamja, Pegawai Jabatan Perubatan Am, Dr. Abraham Hsieh Lih Xian, serta Timbalan Pengarah Hospital Tawau, Datuk Dr. Hj Azman Ibrahim, bagi melihat sendiri keadaan dan keperluan semasa pesakit.
Sebagai tanda keprihatinan, saya turut menyampaikan sedikit sumbangan kewangan kepada keluarga.
Alhamdulillah, bantuan kebajikan bagi pesakit terlantar telah diluluskan dan akan disalurkan setiap bulan untuk membantu meringankan beban keluarga.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan buat En Mohd Ramli serta seluruh ahli keluarganya. Aamiinyra.