


Kemarin saya menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Komuniti Penggiat Dalai Sabah (KPDS) yang diketuai oleh Dr. Rosalyn Gelunu.
Menarik perkongsian KPDS tentang usaha mereka untuk mengangkat buah dalai dan memperkenalkannya sebagai “Dalai Mutiara Rimba”.
Antara usaha yang dirancang ialah pertandingan fesyen yang menggunakan buah dalai sebagai elemen dalam rekaan pakaian dan perhiasan. Kreatif juga idea ini, daripada buah dalai boleh dijadikan sesuatu yang unik dan mempunyai nilai seni.
Saya turut menerima satu baju bersama perhiasan yang menggunakan buah dalai. Terima kasih atas pemberian tersebut. Memang unik dan cantik!
Semoga usaha KPDS ini dapat membantu memperkenalkan Dalai Mutiara Rimba dengan lebih luas serta membuka ruang untuk masyarakat lebih mengenali dan menghargai hasil tempatan Sabah.