



Meriah suasana di Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau yang menghimpunkan pelbagai persembahan dan warisan budaya dari dalam dan luar negara.
Saya sendiri memilih untuk mengenakan Baju “Bodo”, pakaian tradisional masyarakat Bugis. Seronok melihat kepelbagaian budaya yang diraikan dalam satu pentas, apatah lagi Tawau sememangnya terkenal dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan budaya.
Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau. Semoga acara seperti ini terus menjadi ruang untuk kita meraikan kepelbagaian budaya dan memperkenalkan Tawau kepada lebih ramai lagi.