

JUMAAT lepas, saya menerima kunjungan hormat pegawai baharu Jabatan Penerangan Bahagian Tawau, Tuan Hendry Nurdin bersama rombongan.
Kami berbincang tentang perancangan aktiviti 2026 ,bagaimana gerak kerja ini boleh berjalan seiring dan sampai kepada rakyat.
Fokusnya jelas, komuniti madani di bawah Dun Kukusan dengan penglibatan Kg Jawa Lanut, Kg Muhibbah Raya dan Taman Hill Top agar setiap program benar-benar menyentuh keperluan rakyat di peringkat akar umbi.
Insya-Allah, setiap perbincangan ini akan diterjemahkan kepada tindakan, bukan hanya pertemuan.
Terus ikuti perkembangan, dan tinggalkan pandangan kamu untuk kami dengar.