



Saya berbesar hati merasmikan Majlis Malam Apresiasi Pusat Autisme Sabah (PAUS) dan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU) Sembulan.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada seluruh warga kerja PAUS dan TDKKU atas dedikasi dan kesabaran dalam menyokong serta mendidik anak-anak istimewa.
Dalam majlis ini, saya dimaklumkan bahawa Pusat Autisme Sabah (PAUS) di Tawau dijangka dibuka tidak lama lagi, bagi memperluaskan akses perkhidmatan sokongan kepada keluarga, khususnya di Pantai Timur Sabah.
Usaha ini selari dengan aspirasi membina masyarakat yang lebih inklusif dan prihatin.