Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

 Dia Kuat Tapi Siapa Jaga Hati Dia

Ada malam, seorang ibu duduk diam-diam di tepi katil anak baru jak tidur, tapi mata dia masih berjaga. Bukan sebab nda mau tidur tapi kepala penuh fikir, hati penuh rasa yang dia simpan sendiri.

Dia pernah jadi isteri yang berharap ada suami jadi imam. Mau dipimpin, mau dilindungi, mau ada tempat mengadu bila penat.

Tapi hidup tidak jadi begitu. Dia tetap cuba jadi yang terbaik walau tanpa bahu untuk bersandar, walau setiap keputusan dia tanggung sendiri.

Sekarang dia jadi ibu, bangun malam, susukan anak, pujuk tangisan, tahan penat yang tiada siapa nampak.

Dia kuat bukan sebab dia tidak rasa sakit tapi sebab dia tahu, kalau dia jatuh anak dia tiada siapa lagi. Jadi dia telan semua, senyum depan orang, menangis diam-diam.

Keluarga tidak hancur sebab tiada harta. Tapi bila hati seorang ibu tidak dijaga, bila dia dibiarkan lawan semuanya seorang diri di situlah retak bermula. Dan dia, tetap juga bangun esok hari demi anak.

Semalam saya wakilkan kakitangan UPPM N.70 Kukusan PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri bersama Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Tawau Puan Nurul Fadillah bersama NGO Kerja dan SWAH turun santuni seorang ibu tunggal dengan anak baru 2 bulan.

Alhamdulillah bantuan kebajikan sudah lulus moga sedikit sebanyak ringankan beban dia untuk terus kuat besarkan anak. Semoga dia tidak lagi rasa berjuang seorang diri.

Sebagai Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, saya akan pastikan wanita yang memerlukan tidak dibiarkan sendirian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.