





Hari ini saya menziarahi Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Ranau, tempat anak-anak istimewa kita membina harapan dengan sokongan penuh kasih sayang. Di sinilah mereka belajar, membesar dan terus berjuang.
Saya turut menyaksikan penyerahan sumbangan daripada PUSPANITA dan Mutiara GRS, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan kepada usaha pemulihan dan kebajikan anak-anak istimewa ini. Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan menguatkan lagi semangat semua pihak yang terlibat.
Kesabaran pendidik, petugas dan ibu bapa menyentuh hati, mengajar kita bahawa anak-anak PPDK layak disayangi, difahami dan diraikan sebagai sebahagian keluarga besar Sabah.