Drag Race Perlumbaan Motosikal Di Lapangan Terbang Lama Kurang Aspek Keselamatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya mendapat perkhabaran kemalangan dalam pertandingan perlumbaan motosikal (drag race) di kawasan Lapangan Terbang Lama, pagi semalam membabitkan 3 mangsa yang cedera.

Malah ketika minum petangnya, saya turut terserempak dengan sekumpulan anak muda yang turut terlibat dalam acara berkenaan.
Saya tidak mahu memberi komen lebih mengenai apa yang berlaku ketika itu memandangkan ia dianjurkan oleh pihak lain.

Tetapi secara peribadi, saya sendiri merasakan kawasan tersebut berbahaya untuk acara berkenaan jika tidak dipantau atau diselenggara sebaik mungkin.

Perkara ini berulang kali saya utarakan dalam media sosial dan persidangan DUN Sabah yang mana mahukan ada pembangunan di kawasan tersebut dilakukan.

Jika hendak dijadikan litar untuk sukan ekstrem, biarlah ada fasiliti yang bersesuaian, sesuai dengan risiko keselamatan sukan berkenaan.

Apabila kes kemalangan seperti ini berlaku, apa tindakan yang boleh dilakukan bagi membantu peserta yang kebanyakannya terdiri daripada anak muda?

Dalam hal ini, pendidikan dan kesedaran mengenai perlumbaan sukan ekstrem perlu didedahkan kepada anak muda.

Bukan sahaja membabitkan skill berlumba, tetapi perlu berkaitan aspek keselamatan, insuran dan sebagainya, sebagai persiapan lengkap untuk menjadi pelumba sukan ekstrem profesional.

Saya berharap masalah ini dapat ditangani segera dan semoga mangsa diberi kesembuhan segera.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published.