


Semalam saya berkesempatan hadir ke Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 yang membawa tema “Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara”, yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Tema ini mengingatkan kita bahawa wanita mempunyai peranan besar dalam membentuk keluarga, masyarakat dan pembangunan negeri. Bila wanita diberi ruang, peluang dan sokongan, manfaatnya turut dirasai oleh seluruh keluarga dan komuniti.
Dalam aspek memperkasa wanita, sejak tahun 2022 hingga 2026, seramai 6,952 wanita telah menerima manfaat daripada program keusahawanan JHEWA, merangkumi latihan kemahiran, pemasaran, bantuan peralatan, geran serta latihan keusahawanan.
Usaha seperti ini perlu diteruskan supaya lebih ramai wanita Sabah mempunyai kemahiran, keyakinan dan peluang untuk berdikari serta meningkatkan taraf kehidupan keluarga.
Wanita diperkasa, keluarga sejahtera, Sabah lebih maju.