
Bacaan IPU 123 sudah masuk tahap tidak sihat untuk kumpulan tertentu. Jadi, kita sama-sama ambil langkah berjaga-jaga bah.
Kalau tidak perlu, kurangkan aktiviti luar terutama kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung dan mereka yang ada masalah pernafasan.
Banyakkan minum air, pakai pelitup muka jika keluar dan tutup tingkap sekiranya keadaan udara di luar semakin berasap.
Kalau mula rasa sesak nafas, batuk teruk, sakit dada atau mata terlalu pedih, jangan tunggu lama dapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital.
Jaga diri kita, jaga keluarga kita. Kesihatan kita, tanggungjawab kita bersama.