Kejohanan Olahraga MSS Zon Tanjung Batu 2023

HEBAT. Itu yang boleh disimpulkan apabila melihat aksi adik-adik atlet sekolah rendah zon Tanjung Batu, di Kompleks Sukan Tawau, semalam.

Tahniah saya ucapkan kepada semua 15 buah sekolah yang telah menunjukkan prestasi cemerlang. Dan saya yakin mereka juga mampu memburu kejayaan dalam kejohanan peringkat daerah Tawau nanti.

Lebih membanggakan sebahagian daripada mereka sebenarnya telah menunjukkan prestasi cemerlang di peringkat negeri sebelum ini. Saya yakin mereka adalah bintang yang bakal menyinar dalam dunia sukan pada masa akan datang.

Sehubungan itu, saya berbesar hati menyumbang sebanyak RM5,000 kepada MSS Zon Tanjung Batu sebagai tanda sokongan daripada Pejabat ADUN N70 Kukusan kepada pembangunan sukan di sini.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.