Perasmian Kejohanan Olahraga SMK Jambatan Putih 2022

Pagi ini menerima undangan merasmikan sukan tahunan Kejohanan Olahraga SMK Jambatan Putih di Kompleks Sukan Tawau.

Ini adalah aktiviti sukan sekolah yang saya hadiri sejak awal Julai lalu.

Seperti yang saya sampaikan dalam ucapan, sukan di peringkat sekolah ini boleh mencungkil banyak bakat dalam kalangan pelajar sekolah di Tawau untuk mengenal pasti potensi diri sendiri.

Ia mendidik pelajar untuk lebih berdisiplin tinggi dan berusaha keras untuk mencipta kejayaan.

Kini bidang sukan bukan berkisar tentang kehidupan atlet semata-mata, sebaliknya ia menyediakan pengajian di peringkat universiti dan peluang kerjaya secara profesional yang banyak.

Justeru, pendedahan pelajar terhadap dunia sains sukan diperlukan bagi membantu mereka untuk berfikiran lebih terbuka dan menambah ilmu pengetahuan terhadap bidang kerjaya masa depan.

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.