Program Derma Darah dan Sumbangan Bakul Makanan

TAWAU- Umum mengetahui bekalan darah semakin berkurangan di Pusat Tabung Darah Hospital Besar Tawau.

Pelbagai kempen dan program diadakan pihak berkaitan, namun, ia tidak semudah seperti sebelum ini, memandangkan banyak kekangan khususnya berkaitan pandemik Covid-19.

Difahamkan, jumlah bekalan yang dikategorikan ‘red alert’ berada pada tahap 50 pain ke bawah. Namun, apa yang membimbangkan ketika ini, bekalan berada di bawah parah 20 pain bagi semua jenis darah.

Ini disebabkan peningkatan bilangan pesakit kritikan Covid-19 dan denggi yang tinggi di daerah ini. Menyedari masalah tersebut, ADUN N.70 Kukusan YB Rina Jainal tampil dengan program ‘Bantu Pesakit, Bantu Orang Susah’ di Kampung Airport Lama.

“Sebelum itu, saya sering ke sini untuk bertemu masyarakat sekali gus menjalankan tanggungjawab selepas diberikan amanat serta kepercayaan pada PRN lalu.

“Antara perkara yang diutarakan adalah permintaan bantuan bakul makanan bagi mereka yang terjejas dan hilang punca pendapatan ekoran pandemik Covid-19. “Justeru, saya terfikir untuk mengadakan program derma darah di samping menyampaikan sumbangan makanan kepada penduduk kampung,” katanya.

Ibarat menyelam sambil minum air, Rina berkata, selain membantu masyarakat kampung, pihaknya juga dapat membantu Tabung Darah Hospital Besar Tawau untuk mendapatkan bekalan darah yang diperlukan.

“Dijangka seramai 100 penderma terdiri dari penduduk kampung dan kawasan sekitar tampil menderma darah dalam program yang diadakan selama dua hari iaitu pada Selasa dan Jumaat.

“Setiap penderma akan diberikan bakul makanan sama ada untuk kegunaan sendiri atau disumbangkan kepada golongan memerlukan.

“Ini bermakna selain menderma darah, penderma juga boleh bersedekah menerusi bakul makanan yang diperolehi,” katanya.

Terdahulu, beliau mengucapkan terima kasih kepada penaja bakul makanan Akinabalu Resources kerana sudi meringankan beban penduduk terjejas serta memerlukan bantuanSementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Tabung Darah Hospital Besar Tawau Husnah Abd Hussien, mengesahkan pihaknya kini berdepan masalah kekurangan bekalan darah.

“Justeru, program seumpama ini adalah baik bagi memudahkan orang ramai menderma darah tanpa perlu ke hospital.

“Saya melihat kaedah ini berkesan apatah lagi dalam pematuhan SOP baharu berkaitan Covid-19 yang mana mengurangkan pergerakan komuniti dari kawasan mereka,” katanya.

Husnah berkata, pihaknya mengalu-alukan lebih ramai pihak seperti wakil rakyat tampil mengadakan program derma darah di lokasi komuniti bagi membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan darah.

Unit Media
N70 Kukusan

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.