Merasmikan Borneo Paintball Open – Tawau Tourism Paintball Cup 2022

BORNEO PAINTBALL OPEN

TAWAU TOURISM PAINTBALL CUP 2022

Saya melihat Kukusan sebagai pusat aktiviti sukan di Tawau. Diperkuat dengan kedudukan dua kompleks sukan utama iaitu Kompleks Sukan Tawau dan Kompleks Renang Tawau, menjadikan mukim ini sesuai dibangunkan dengan pelbagai infrastruktur aktiviti sukan pada masa akan datang.

Dalam tempoh hampir dua bulan, saya telah merasmikan dan menghadiri pelbagai aktiviti sukan baik diperingkat sekolah mahu pun kejohanan terbuka.

Jumaat lalu, saya sekali lagi dijemput merasmikan Borneo Paintball Open – Tawau Tourism Paintball Cup 2022.

Menariknya kejohanan ini disertai lebih 30 pasukan termasuk daripada Sarawak dan Semenanjung, selain pasukan tempatan.

Saya melihat anjuran sukan sebegini banyak membantu merancakkan sektor ekonomi Sabah termasuk membabitkan peniaga kecil, perkhidmatan dan perhotelan.

Justeru, saya berharap lebih banyak kejohanan sukan terbuka seperti ini dapat dianjurkan di Tawau khususnya di Kukusan pada masa akan datang.

Tahniah kepada penganjur kerana berjaya menarik ramai penyertaan termasuk dari luar Sabah.

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.