Dua Jemputan dan Pertemuan yang Menceriakan

Selamat Pengantin Baharu

Dari Dialog Kepada Tindakan, Demi Masa Depan Anak Sabah

Salam Takziah

Pantau, Semak dan Ambil Tindakan

Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

 Lawatan Kerja ke Klinik Nur Sejahtera (KNS) Tawau dan Airis Keluarga

Menerusi lawatan ke Klinik Nur Sejahtera (KNS) Tawau, saya berpeluang melihat sendiri perkhidmatan kesihatan wanita dan kekeluargaan yang disediakan oleh LPPKN, termasuk perancangan keluarga, saringan kesihatan, Pap Smear, ujian HPV, mamogram dan konsultasi kesuburan.

Namun, satu inisiatif yang cukup menarik perhatian saya ialah AIRIS Keluarga (Anjung Interaksi, Rekreasi, Intervensi dan Sokongan) di Wisma Kasihfy.

AIRIS Keluarga merupakan projek perintis LPPKN Sabah yang membawa pendekatan berbeza dalam memperkukuh institusi keluarga. Konsepnya cukup menarik, dengan suasana seperti di rumah yang mesra dan terapeutik, memberi ruang kepada keluarga untuk berinteraksi, berehat dan mendapatkan sokongan.

Pelbagai program turut disediakan seperti kaunseling terapeutik, sokongan berkumpulan, pendidikan kekeluargaan, Bicara Remaja, terapi ekspresif, tari terapi serta aktiviti intergenerasi.

Saya tertarik kerana pendekatan ini melihat kesejahteraan keluarga secara lebih menyeluruh. Ada ruang untuk ibu bapa mendapatkan bimbingan, anak-anak mendapat sokongan dan remaja dibimbing memahami diri serta kehidupan.

Inilah antara usaha yang wajar kita sokong kerana membina keluarga sejahtera bukan hanya tentang memenuhi keperluan fizikal, tetapi juga menjaga emosi, hubungan dan perkembangan setiap ahli keluarga.

Semoga AIRIS Keluarga terus diperkasakan dan menjadi ruang yang memberi manfaat kepada lebih ramai keluarga di Sabah.

Puan Shahriah Binti Saharom Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, En. Abdul Halil bin Omar Pengarah bahagian pengurusan sumber manusia ,PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri, NGO Kerja & SWAH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.