Membuat lawatan kerja bertemu Tuan Kahar Hj Sundu, Pegawai Tadbir Agama Bahagian Tawau

Pejabat JHEIANS, Taipan Square; 10 Disember 2020

Selepas Zohor tadi, saya membuat lawatan kerja bertemu Tuan Kahar Hj Sundu, Pegawai Tadbir Agama Bahagian Tawau di pejabat beliau.

Pejabat JHEIANS adalah antara agensi pentadbiran negeri yang berurusan dengan rakyat setiap hari. Selain dari bank, di sini juga kita dapat melihat barisan yang panjang dengan urusan lazim seperti mendapatkan pengesahan untuk memperbaharui dokumen dan hal-hal lain melibatkan pentauliahan tadbir agama.

Sepanjang perbincangan kerja kami, terdapat isu-isu menarik yang patut dimajukan untuk direalisasikan. InsyaAllah akan membuat lawatan susulan menghalusi lebih banyak perkara berkaitan sosio umat Islam di kawasan Tawau khususnya.

Rina Hj Jainal
YB ADUN N70 KUKUSAN.

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.