Lawatan Lalulintas Jalan Muhibbahraya (SK MuhibbahRaya)

ISNIN lepas,saya bersama agensi kerajaan turun ke kawasan pada waktu kemuncak untuk melihat sendiri keadaan lalulintas pada waktu kemuncak di kawasan tersebut.

Kesesakan lalulintas di kawasan ini sering kali terjadi pada waktu masuk dan keluar sekolah sahaja. Ia disebabkan oleh peningkatan aktiviti pengangkutan pelajar, baik oleh ibu bapa atau pengangkutan awam. Kesesakan ini boleh mencipta cabaran keselamatan dan juga menyebabkan keterlambatan dalam perjalanan.

Hasil tinjauan bersama agensi kerajaan dan pemimpin setempat,pihak mpt akan mengadakan mesyuarat bagi mencari jalan keluar yang terbaik dalam menangani masalah ini. Kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, sekolah, dan komunitas dapat memainkan peranan penting dalam mencapai solusi yang berkesan terhadap kesesakan lalulintas di kawasan pendidikan.

Turut hadir PPM N70 Kukusan Tuan Sukardi Mashuri UPPM N.70 Kukusan, Pengerusi Jawatankuasa Lalulintas Tuan Ismail Awang, Tuan Ikhsan Jurutera Perbandaraan dan barisan ahli majlis Majlis Perbandaran Tawau , ASP Puan Joanne Lee PDRM TAWAU, Haji Azid Pegawai JPJ Tawau ,Guru Besar dan YDP Pibg Sk MuhibbahRaya, wakil Pengarah Kolej Vokasional dan Pengerusi KRT Taman Wawasan Victoria.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.