Aduan Masalah Pokok Kelapa Yang Membahayakan Di Kampung Muhibbah Raya.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Pagi tadi saya mendapat aduan awam mengenai masalah pokok kelapa yang membahayakan keselamatan di Kampung Muhibbah Raya.

Difahamkan sudah beberapa kali cermin kenderaan-kenderaan penduduk pecah akibat terkena buah kelapa berkenaan selain ia turut mengenai kabel Telekom di situ.

Perkara ini saya panjangkan kepada kakitangan Pejabat ADUN N70 Kukusan Saudara Khai, untuk meninjau lokasi serta melaporkannya kepada pihak berkaitan.

Alhamdulillah, MPT tidak mengambil masa lama untuk bertindak sebaik sahaja aduan disampaikan pagi tadi.

Kepada warga Kukusan yang berdepan masalah seperti penduduk di Kampung Muhibbah Raya, boleh salurkan aduan anda kepada team Careline N70 Kukusan untuk tindakan lanjut.

Pejabat ADUN: 089-760969
Whatsapp Careline Kukusan: 010 – 779 4767

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.