Rumah Sampah Rosak di Taman Awam Muhibbah, Jalan Utara

Lagi berkaitan aduan sampah-sarap. Kali ini di kawasan Taman Awam Muhibbah, berhampiran bangunan pasar segar, Jalan Utara.

Tinjauan mendapati rumah sampah yang digunakan untuk menempatkan tong sampah utama sekali gus menjadi ‘pit stop’ kerja pengumpulan dan pemungutan lori sampah, telah rosak pada bahagian dinding dan bumbung.

Ia juga dalam keadaan tidak terurus dengan tong sampah yang sepatutnya berada di dalam rumah sampah, hanya diletakkan di bahagian luar.

Dalam masa sama tong sampah besi pula juga dalam keadaan usang, berkarat dan rosak menyebabkan sebahagian sampah terkeluar dan bertaburan di atas jalan.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan kakitangan Pejabat DUN N70 Kukusan, mendapati kawasan sekitar juga kotor dengan sampah sarap bertaburan di atas jalan menimbulkan pemandangan serta bau yang tidak sihat.

Justeru, Pejabat DUN N70 Kukusan memajukan perkara ini kepada Majlis Perbandaran Tawau pada 24 Mei lalu untuk tindakan lanjut termasuk pembaikpulihan rumah sampah dan penukaran tong sampah baharu yang lebih kondusif.

Saya berharap agar masalah ini dapat diberi perhatian sewajarnya memandangkan kawasan Taman Awam Muhibbah ini sering menjadi lokasi riadah penduduk Kukusan termasuk kawasan sekitar dan terletak bersebelahan jalan utama.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.