Melawat Ayah Kepada Warga Kukusan Yang Terlantar Sakit Akibat Strok

Lokasi: Kg Sri Menanti

Petang tadi berkesempatan melawat ayah kepada warga Kukusan yang terlantar sakit akibat strok menyerang beliau lebih sebulan lepas di tempat kerja. Pakcik Indra bekerja sebagai pemandu lori sebelum ini, dan disebabkan keuzuran ini beliau putus punca pendapatan.

Menantu beliau sudah pernah memohon kebajikan sejak setahun lalu di bawah permohonan warga emas. InsyaAllah pihak pejabat saya akan follow up dengan pihak Kebajikan untuk mengetahui status Pakcik Indra. Sedikit sumbangan tunai untuk membantu ubat-ubatan pakcik telah saya sampaikan kepada isterinya.

Semoga diberikan kesembuhan segera.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.