Melawat dan mengambil aduan mengenai rumah PPRT mengalami hakisan

Tanjung Batu Tengah, 4 Januari 2021

Saya melawat salah sebuah keluarga yang terjejas semenjak pandemik Covid menyerang dunia. Warga Kukusan yang mempunyai enam orang anak ini dulunya bekerja di Semenanjung terpaksa pulang ke Sabah setelah industri seni tempatan mengakibatkan ramai orang kehilangan kerja.

Saya juga mengambil aduan mengenai rumah PPRT yang diduduki oleh keluarga ini di atas tanah yang sedang mengalami hakisan. Dalam keadaan hujan yang kerap sekarang agak mengkhuatirkan saya akan nasib tiga buah rumah di sana.

Masalah ini akan saya usahakan bersama pihak MPT secepatnya untuk mengelak sebarang bencana yang tidak diingini.

Rina Hj Jainal
YB ADUN N70 KUKUSAN.

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.