Meluangkan Masa di Sthamin Supermarket Hill Top

Sudah hampir sebulan Sthamin Supermarket Hill Top beroperasi yang terletak di Tmn Hill Top. Selain dari kemudahan sebagai pasar harian, Sthamin juga menempatkan 26 lot kiosk booth yang disewakan kepada francais makanan jenama Sabah dan perniagaan perkhidmatan yang lain seperti kedai potong rambut dan aksesori kereta.

Antara jenama yang menarik minat orang Tawau ke sini adalah Fook Yuen Cafe & Bakery yang cukup sinonim dengan roti bakar dan dim sumnya.

Persekitarannya dan kawasan parking teratur dan interior supermarket juga luas memudahkan belanja barang keperluan rumah dengan selesa mengambil kira jaga jarak yang sepatutnya.

Pembukaan Sthamin di tengah-tengah Kukusan telah membuka lebih 200 peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar.

Semoga usaha Sthamin meningkatkan ekonomi setempat termasuk membantu pengusaha IKS memasarkan produk mereka akan terus maju. Aamiin.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.