Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

 Membantu Menyediakan Laluan Yang lLebih Selamat

Dulu, setiap kali hendak ke Hospital untuk mendapatkan rawatan, ia bukan perkara yang mudah buat seorang warga emas di Kg Sentosa Blok 4, Lorong Sawit.

Dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak, laluan yang tidak sesuai menjadi cabaran buat beliau dan keluarganya.

Prihatin dengan keadaan tersebut, Sdr Jupri telah mengemukakan permohonan kepada Penaung Kelab Kebajikan Komuniti Rina Jainal (KERJA), YB Datuk Rina Hj Jainal, bagi membantu menyediakan laluan yang lebih selamat dan sesuai digunakan oleh warga emas berkenaan.

Syukur Alhamdulillah, permohonan tersebut telah mendapat perhatian dan kelulusan YB Datuk Rina Hj Jainal. Hari ini, kerja-kerja pembinaan laluan bersimen daripada rumah warga emas tersebut ke jalan utama Kg Sentosa Blok 4, Lorong Sawit telah siap sepenuhnya.

Kemudahan ini memberi manfaat yang amat besar, khususnya dalam memudahkan pergerakan beliau menggunakan kerusi roda untuk mendapatkan rawatan di Hospital serta menjalani urusan harian dengan lebih selesa dan selamat.

Projek ini telah dilaksanakan oleh Kelab Kebajikan Komuniti Rina Jainal (KERJA) yang diketuai oleh Pengerusinya, En. Mohd Rifai bersama ahli-ahli KERJA yang sentiasa komited membantu masyarakat yang memerlukan.

Apa yang dibina hari ini bukan hanya laluan bersimen, tetapi satu kemudahan yang mengurangkan beban sebuah keluarga dan memudahkan perjalanan seorang warga emas yang sedang berjuang dengan kesihatannya.

Semoga usaha kecil ini membawa manfaat yang besar dan menjadi asbab kebaikan buat semua yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.