

Baru-baru ini saya mengadakan kunjungan ke Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) dan mengadakan pertemuan bersama Pengarah, Tuan Haji Nordin Lossin.
Sebagai jabatan yang bertanggungjawab membangun serta mengurus hal ehwal Ketua Adat dan Mahkamah Anak Negeri, perbincangan memberi fokus kepada usaha memperkukuh peranan institusi adat serta memperkasa komuniti Anak Negeri secara lebih tersusun.
Insya-Allah, beberapa ruang kerjasama akan diperhalusi agar inisiatif yang dirancang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi.