



Hari ini saya berbesar hati mewakili YB Datuk Julita Majungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah untuk merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.
Majlis ini menjadi platform penghargaan kepada warga kerja yang telah menunjukkan dedikasi, komitmen dan kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Bertemakan “Demam Bola : FIFA World Cup”, majlis ini mengangkat nilai kerjasama, disiplin dan semangat berpasukan sebagai asas kepada kejayaan sesebuah organisasi.
Turut diraikan adalah penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta warga kerja yang menamatkan perkhidmatan atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Jais Bin Asri, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah; Puan Hajah Haslina Binti Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah; Puan Asnah Binti Haji Kassim, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah; serta Tuan Dominic @ Chong Khaim Yun, Timbalan Pengarah Pembangunan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.
Tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga kerja yang telah menabur bakti.
Semoga terus memperkukuh budaya kerja cemerlang serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat Sabah.